- Lulus SPM
- Lulus Bahasa Melayu
- Aliran Sastera: Tiga (3) kredit termasuk matapelajaran sains @ matematik
- Aliran Sains: Tiga (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran dan lulus salah satu subjek sains (fizik, kimia, biologi)
OCCUPATIONAL THERAPY
Oct 25, 2013
Syarat kelayakan masuk (DIPLOMA TERAPI CARAKERJA)
PENDAFTARAN MASUK
Hai, selamat pagi. Bachok kini hujan. Bagus ni kalau berbungkus atas katil. Huhu..
Pendaftaran masuk bagi pelajar Diploma Terapi Carakerja(Occupational Therapy) akan bermula pada November 2013.
Jadi, bagi sapa yang berminat, boleh hadir ke kolej kami di:
Kolej Islam Sains &Teknologi (KIST),
Lot 1798-1800, Mukim Telong,
16300 Bachok, Kelantan.
atau hubungi:
Puan Halimatu Saadiah Rahim
(Ketua Jabatan Terapi Carakerja)
013-9867223
Oct 21, 2013
Vestibulator (intervention)
Ni antara vestibulator yang digunakan bagi meningkatkan keseimbangan pesakit. Masalah kesimbangan juga antara masalah sensory processing iaitu pesakit mungkin kurang deria(hyposensitive) atau terlebih deria (hypersensitive).
Wilbarger (intervention)
First sekali, pasal baju therapist, jangan risau. Kat Malaysia, code of dressing, mesti seluar/ baju kurung. Tak boleh pakai skirt, sebab bila handle patient, boleh terselak kain, naya.
Ok, ni antara rawatan bagi pesakit autism/ADHD yang ada masalah sensory processing. Teknik brushing boleh membantu dalam meningkatkan rangsangan deria sentuh, manakala joint compression boleh membantu dalam proprioception(awareness of joint). Dan akhir sekali dalam video ni, dipakaikan weighted jacket, so that patient receive rangsangan pada sendi-sendi.
Oct 15, 2013
Paediatrics (2)
Antara cara menangani kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkahlaku (mengamuk/bergaduh berlebihan) ialah dengan teknik reward and punishment.
1. Reward- buat baik, dapat hadiah, senyuman, pujian, pelukan.
2. Punishment- bila mengamuk/ buat sesuatu yang salah, bagi hukuman seperti marah, tarik balik reward.
Teknik ni juga kita boleh apply pada kanak-kanak biasa. Ce try, jadi ke tak.
Di kesempatan ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada warga blogger di mana jua anda berada. Semoga kita bertambah kesyukuran, meningkatkan pengorbanan.
Jaga diri.
Oct 8, 2013
Paediatrics (1)
Anda pernah jumpa kanak-kanak yang sangat aktif, suka bergaduh, susah untuk duduk diam, payah untuk bagi perhatian masa nak siapkan kerja sekolah?
ADHD
Kanak-kanak tu mungkin mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder.
Apa langkah penyelesaian?
Tunggu..
Oct 7, 2013
Burn (3) - Splinting to prevent contracture
Resting splint
sumber: google
Selain positioning, splinting juga membantu pesakit daripada contracture.
Subscribe to:
Posts (Atom)




