Memulih orang tak kira masa,
Pesakit kami sentiasa diutama,
Bersama mencapai negara sejahtera..
Terapi Carakerja atau Occupational Therapy ialah bidang kesihatan yang terlibat dalam pemulihan.
Pulihkan sapa?
Antaranya, pesakit strok yang lumpuh separuh badan yang mahu pakai baju sendiri. Pesakit traumatic brain injury yang perlu kembali bekerja dengan memakai kerusi roda. Pesakit sakit jiwa yang mahu hidup berdikari dengan bekerja. Pengemas bilik hotel yang mengalami Carpal Tunnel Syndrome (pergelangan tangan kebas). Pesakit yang mempunyai parut akibat kebakaran.
Nanti kerja kat mana?
Anda boleh memohon untuk berkerja di hospital, klinik kesihatan, pusat rehabilitasi, pusat dalam komuniti, atau bekerja sendiri (pergi ke rumah pesakit).
Kat mana ea ada kos ni?
Buat masa ini, kami menawarkan DIPLOMA TERAPI CARAKERJA di:
Kolej Islam Sains & Teknologi,
Kampus Ibnu Sina,
Lot 1798-1800, Mukim Telong,
16300 Bachok, Kelantan Darul Naim.
Bulan berapa boleh masuk mendaftar?
Kami sedia menerima pelajar pada bulanFebruari, Mei, Ogos, dan November.