Sep 29, 2013

Makan gula sedap sangat dia.. (2)

Hai, jumpa lagi. So sekarang, saya sambung pasal diabetes. Katakan seseorang pesakit tidak mengambil ubat secara rutin, tidak menjaga makan, tidak bersenam, maka kadar gula dalam darah akan mudah menjadi tinggi. Dengan keadaan pesakit yang mengalami neuropathy, maka adalah mudah untuk kehilangan deria sentuh pada kaki/tangan. Disebabkan itu, apabila terkena batu kecil, dan pesakit tidak dapat merasai kakinya mengalami luka kecil, maka luka yang kecil, boleh merebak menjadi lebih besar. 

Kenapa?
Sebab selain masalah saraf, peredaran darah di kawasan periferi badan(kaki/tangan) juga terganggu. Apabila ada sebarang kecederaan, darah akan membawa segala jenis nutrien untuk menyembuhkan kembali luka, tapi bila diabetes sudah ada, peredaran darah juga terganggu. Maka, semakin lambat luka sembuh, ditambah dengan pesakit tidak rasa sakit walaupun luka, dan tak periksa kaki jika ada sebarang luka, menyebabkan luka di kaki menjadi semakin teruk.

Maka, bila jangkitan pun sudah ada, dan doktor kata dah tak boleh selamatkan. Untuk mengelak aliran darah dijangkiti kuman, maka doktor pun akan membuat keputusan untuk memotong bahagian kaki tersebut.. Maka, berlaku lah amputee(pemotongan anggota).

Kami, selaku Occupational Therapist sekali lagi dikunjungi pesakit.

Ini mungkin ngeri, tapi cuba bayangkan, anda bangun pagi, dan anda sudah tiada kaki. Susah untuk terima kan? Sama seperti pesakit. 

Kebiasaannya, pesakit akan  mengalami sakit disebabkan hujung saraf pada anggota yang masih ada menghantar impulse ke otak dan otak mentafsir maklumat tersebut sebagai sakit. 

Jadi, kami akan melakukan desensitization. Keadaan ini dilakukan apabila sensori sentuh pesakit ialah hypersensitive. Contoh, apabila kita menyentuh perlahan hujung anggota yang masih tinggal selepas amputee, pesakit akan merasa sangat sakit (hypersensitive).

Jadi, kami akan melakukan desensitization dengan menggunakan alat yang kurang memberi rasa sakit kepada yang sangat sakit mengikut urutan.

Alat untuk desensitization boleh terdiri daripada fabrik yang berlainan, deep/light pressure, vibration, dan panas/sejuk. 

Selepas desensitization, banyak perkara lain yang perlu diambil kira oleh Occupational Therapist. 
1. Pergerakan pesakit. Guna tongkat/kerusi roda/ pakai kaki palsu
2. Aktiviti harian pesakit. Boleh pergi ke tandas sendiri?
3. Pekerjaan. Masih diterima majikan? Jika tidak, work rehab perlu dibuat.
4. Aktiviti masa lapang. Adakah pesakit masih boleh pergi berjalan-jalan di taman/ memancing/ shopping?
5. Sosial. Adakah pesakit masih mahu menyertai masyarakat di kenduri kahwin jiran tetangga?

Jadi, jika anda sayang diri sendiri dan orang sekeliling anda. Jagalah pemakanan dan cuba untuk bersenam.


Occupational Therapist anda melaporkan. Jumpa lagi!