Sep 27, 2013

Makan gula sedap sangat dia, potong kaki mahu?


Amputee ialah pemotongan anggota badan samada tangan/kaki sebagai contoh akibat komplikasi kencing manis/ diabetes.

Kalau kita tengok orang sekeliling kita samada atuk atau nenek, atau mak cik jiran sebelah rumah, mungkin ada yang menghidap diabetes. Makan ubat tak diorang? Nasihatkan supaya makan ubat sebab bila dah teruk, kena potong kaki, mahu? Kejam sungguh ayat saya. Kejam sekarang takpe, daripada menyesal kemudian hari.

Antara komplikasi (kesan buruk) diabetes ialah
1. retinopathy (mata buta)
2. neuropathy (saraf periferi mati/kurang rasa)
3. nephropathy (kegagalan buah pinggang berfungsi)

Apa Occupational Therapist buat dalam hal ni?
1. Check fungsi deria sentuh pesakit. Kenapa? Sebab pesakit mempunyai masalah kurang rasa (neuropathy) pada saraf periferi (hujung) seperti kaki dan tangan. Bila dah tahu tahap sensori pesakit, kami akan nasihatkan pesakit supaya:
a) Sentiasa lakukan pemeriksaan rutin pada kaki. Guna cermin dan periksa di tempat yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
b) Pastikan kaki selalu kering. Lap celah-celah jari selepas mandi. Kalau nak pakai losyen, jangan sapu pada kaki bagi mengelakkan kaki menjadi lembap. 
c) Dalam rumah pakai stokin.
d) Keluar rumah, pakai kasut. 

Itu je? 
Ada lagi. Nantikan post seterusnya!